Saturday, February 28, 2009

Sports Day SMKSBS

pagi-pagi lagi om dah bangun . apa lahh hari sukan buat hari sabtu , orang nak tidur lama-lama pon susahh =D

sepatutnya balik kampong hari ni , but ada hari sukan enn .

so mummy dengan wawa drop off om dekat smksbs then diaorang sume terus balik Muar . tinggallah om seorang di KL :(

mula-mula jumpa Ikmal dengan Daniel , diaorang ajak fly lalu gate SBU, tapi om backup/reserve rumah Topaz kalau ada yang takleh lari . Syameel pon kene lari jugak . Rashwan sepatutnya kene lari sekali tapi kasut dia hilang and dia menangiss HAHA ! dia merajuk sampai balik rumah :p . LOL nak taknak om kene ganti lahh dia . tapi om taknak lari =D

so om lepak dengan Meera je lahh time tu . Bila ustazah panggil amik kedatangan , semua duduk bawah canopy . sebab nak agih-agihkan makanan . budak Topaz ramai yang tak datang . pastu time dia tick nama girl , ustazah suruh girl2 ni carik Elydia sebab dia backup . Jap gi budak2 ni semua ushar pelik kat om pastu tanya elydia dekat mana . adoyai macam lahh om ni laki dia lak HAHA . ustazah pon tanya om dia kat mana , om cakap lahh tadi saya nampak Ellisya ustazah , taktau pulak Elydia datang ke takk . nak taknak ustazah suruh carik ellisya tanya elydia kat mana . naik turun bukit om pusing carik ellisya , sebab dia rumah Emerald dah jumpa Ellisya dia cakap ohh ohh elydia tak datang , dia tak sihat . balik je kat canopy tadi makanan dah habiss *rm10 pon burn begitu jee*

Before acara bermula , om kene baca doa . segan sehh time tuu(budak baru kann) . habis separuh doa , Izham baca dalam BM . Acara start , om tengok je . om lepak warm up ngan Akmal . last-last ada orang ganti . Alhamdulillah =D

Habis acara lari , tarik tali pulak . Om reserve je . rumah Topaz dapat emas ! HAHA . Om tak masuk pon dapat medal , sebab ada budak lupa nak ambil . Masa tuu Imran semangat gila seh tarik . Dia memang nak masuk tarik tali tapi takde peluang . Final dia dapat main coz Syazmeer tak datang .

Balik je terus gi ExC for DOTA :D

Sunday, February 15, 2009

Oh oh oh well imagine ...

Malam tadi om pergi function apa tahh dengan childhood friend and cousin terbaik om .

Tak buat apa-apa ponn just lepak-lepak sahaja . Lama tak keluar malam kat KL =D .

Meet Iskandar


Sunday, February 8, 2009

The best mirror is an old friend

after breakfast , my phone was ringing . its a call from my old cp friend Syahir Pendek . he want to have a mini farewell party for mini with my best friend Afiq .

So tengahari itu (ehh tak speaking pulak ? hee ) kitaorang jumpa kat Border Time Square . om ajak diaorang pergi rooftop hisap shisha , tapi diaorang tak berani . well budak baik lahh katakan *baik lah sangatt* HAHA .sebenarnya malas nak kaur sbb om dengan afiq sakit kaki sebab match bola hari tuu.

Syahir ni keje dia bahan orang jee . Kadang-kadang best dengar tapi rasa nak starlight kepala dia pon ada gak . Hari tuu om pakai baju sama dengan Afiq , pastu si Syahir ni kerja dia bahan kitaorang kembar siam lahh apa lahh . very annoying . Pastuu gi mamak belakang ts . ingat diaorang nak belanja , sekali om yang kene blanje . order mahal2 pulak tuu . om makan roti canai dengan air kosong je . takpe lahh skali skale . last day kann . pastu mak Syahir call , kene sound baekk punyaa ! PADAN MUKA KAU HAAHAHA ! dia try coverline lahh macam2 lahh , but dia cakap Kelantan , so om tak paham lahh

HAHA

Wednesday, February 4, 2009

goal goal goal ! ale ale le !

my second day at sbs .....

eh eh , bukan kau hari ni match bola ke om . haha

so hari ni lahh match bola . om tak main hari ni . jadi substitute je.
om terus pergi Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane , sebab mummy hantar amin pon dekat cochrane jugak enn . so pagi-pagi lagi om kat situ . teammate sbs datang dari skool , so lambat sikit lahh

masa tuu tak ramai orang lagi , so om pusing-pusing padang tu sorang2 . pastuu nampak budak cochrane perkasa datangg . jap lagi Afiq , Ejat , Farizz Ben and Akmal Hakim tegur . diaorang cakapp om ponteng . HAHA . om dah pindah sbs lahh . tapi tak bitau diaorang pon . cikgu kasi aku jadi waterboy lahh *tipuu je lebih* . and diaorang caya(padahal tengah pakai baju sbs nii) . HAHAHA

pastu om lepak lahh dengan budak cochrane perkasa , cikgu dolah coach cp pon ada . dia tanya asal tak datang sekolahh . om bitau dia sorang je om dah pindah sbs . dia pon cakap ok lahh semoga berjaya . pastu budak sbs datang . diaorang salin2 pastu terus match . masa time rehat diaorang suma gi carrefour , om lepak dengan Hakim and Razin Asyraf bual2 kosong .

Petang tuu om salam-salam dengan teammate and balik rumah jalan kaki =D

dekat sini , om kenal jugak ramai kawan baru . Omar Hatim(diaorang panggil dia abang om,siot jee xD) , Erwin , Luqman , Azrol , Adam , Abdul Aziz Fitri , Amer , Fakhrul , Asyraf (Tobek) and etc . yang om kenall lama Suley dengan Danyal .

Tuesday, February 3, 2009

SMK Seri Bintang Selatan .

I woke up early today . Something is not right with my mind . Ahh ignore it jee lahh om .Kau yang nak masuk sekolah baru kann .

Om bawak beg kosong dengan boot , harap-harap diaorang ada final selection untuk bola lahh :D sebab sbs zon pudu juga .

Pagi-pagi tuu dah pergi sekolah . Gelap-gelap lagi . Diaorang cakap perhimpunan buat dekat Skylite . Skylite tu natang apa pon om tak tau lahh .

My first impression kat skool tu macam "wah , besarnya skool ni" and cam excited gila . nampak cam high class gile and budak-budak dia pon cam high class belaka . rasa cam masuk private skool je (cehh padahal private skool pon tak pernah gi )

sambil mengunyah chewing gume om terus pergi perhimpunan , padahal newcomers semua kene register kat office dulu . maklum lahh excited sangat laa kata kann :D

Diaorang punya perhimpunan hari selesa . So om masuk time hari perhimpunan lahh . Sana kene nyanyi empat lagu . Lagu Negaraku,Wilayah,Seri Bintang Selatan and lagu Smart School . lagu sbs tu macam seri bintang selataaaan , menuju ke puncak jayaa ! camtu lahh bunyi dia . yang smart school tu lagu dia in english bunyi dia camni together we are holding hands we face the world .

Budak-budak sana pelik , asal lahh ada budak baru tetiba masuk perhimpunan ,bawak boot pulak tuhh. dekat barisan om tengok semua bawak boot belaka , and diaorang asyik cite pasal esok ada match lahh apa lahh . so om tau lahh ni semua budak bola . Then ada sorang mamat ni , ingat lagi nama dia Fakhrullah , dia tanya nama om . Om cakap la nama betul om . Pastu dia tanya asal bawak boot , om cakap lahh kalau kott ada selection lagi untuk pemain under 18 sbs . Dia cakap oh ok petang nanti kau datang jee ada training .

Habis apa bende Pengetua tu cakap , semua line up . Gila babi lahh pengawas kat sini sume cam strict gila . om terlebih line barisan pon kene maki . Then time ni lahh terhuyung hayang nak register . Sampai office semua dah habis register and masuk kelas . om sorang tunggu je lahh cam orang bodoh kat situu . Diaorang cakap carik lahh ustazah . Macam lahh om kenal cikgu-cikgu kat sini . Budak-budak yang baru masuk semua parent escort , om datang skool pon sorang2 je :( . tapi takkan lahh nak blame parent kann .

Pukul 10.30 baru lahh jumpa ustazah , dia tanya om orang mana asal mana duduk mana and wtvr lahh . nama dia tak tanya pon HAHA . Pastu dia tunjuk stream package . om nak account tapi full . kelas dia max 25 orang je , tak cam cochrane perkasa 45 pon boleh sumbat lagi HAHA. dah berbuih mulut ustazah tu cakap baru lahh om pilih pure science stream . mula-mula dia nak masukkan kelas 4 Angsana .rasa bangga lahh jugak tapi time tu baru teringat apa objective om ke sbs . om mintak list nama sebab ada orang yang om nak jumpa sejak om std 5 duluu . orang tu duduk kat kelas nama 4 Beringin . kelakarr sial nama kelas dia HAHAHA . first2 ingatt macam 4 berangin ke 4 berangan je . ustazah tanya asal nak masuk kelas tuu . om cakap saje je . then ustazah masukkan ke kelas tu . ustazah tu pon dah macam " wth dengan budak nii " HAHAHAHA

masuk jee kelas tuu , tak silap om masa tuu kelas agama , jadi kelas 4 beringin tuu kosong , ustazah tu buat lesson dekat library . masuk je bilik kt pss tuu , ramai je kott budak-budak , exceed 25 orang . ohh rupanya diaorang combine kelas utk subjek agama . then om dengar orang yang om nak jumpa sgt tu kene panggil untuk tulis kat whiteboard . wahh confirm lahh dia memang study kat sini . betapa berdebarnya dan excited nya om time tuu . then lepas keluar kelas je yang girl mostly bukak tudang *sigh*

lepas tuu PJ , time ni lahh baru nak interact dengan orang . bila time pj kelas om akan combing dengan kelas Angsana . orang yang first skali approach om hakim nama dia , or Hakim Osman bagi nama full dia . dia ada twin , Arina Amalina sama kelas , dia baru transfer dari SBU . dia tanya lahh macam2 tu la ni lahh . om layan jee . friendly juga orang dia . pastu main bola dengan baju sekolah . lain suma pakai baju pj . om dapat score sebijik dari jauh . haha bangga juga lahh . lepas tuu kita main futsal . om paling lemah futsal . sebab tempat dia kecik and require banyak skil . om prefer padang besar sebab boleh lari and sepak jauh2 :D

then om masuk kelas . duduk kat belakang macam orang bodoh . then ada sorang ni , muka cam kenal . om tanya lahh nama , and yes , dia lah elydia edith . baik orangnya . dia datang kat om then dia cakap apa tahh . pastu om mintak number dia (baru masuk dah menggatal ye omm HAHA) . pastu ada satu macha ni datang , subash nama dia . dia asyik2 cerita pasal budak cochrane (akmal,habib ,harith etc) .

petang tu ada training bola . so om pergi makan dulu dekat mydin . mamak yang terkenal di kalangan budak sbu dan sbs . pastu balik skool balik dengan muka tak malu sebagai budak baru , om join training bola . habis je training , cikgu panggil semua . cikgu kasi om main untuk pertandingan bola zon pudu esok . baru first day masuk dapat wakil sekolah bola . HAHA . pastu cikgu agihkan surat kebenaran .

Balik jee rumah terus tidur . heee =D

Sunday, February 1, 2009

Bid farewell to the long lost friend :(

assalamualaikum kepada kawan-kawanku di sekolah menengah kebangsaan cochrane perkasa.

saya, Umar Bin Abd Aziz,dari kelas 3P7 08' dan 4S1/4T2 09' pertama sekali ingin memohon maaf sebab tak beritahu korang nak blah dari smkcp dan pergi ke seri bintang. aku gi pon tiba2 je sbb surat tawaran tu sampai masa cuti raya cina tu.so tak sempat jumpa korang.actually aku sedih gila doo nak tinggalkan smkcp tu tapi parent aku suh pindah coz dia ckp aku banyak sgt main kt smkcp tu... aku pon akan gi asrama cam korang2 gak :D

anyway kwn2,save number aku ni 0129281985 :)

aku dah tak main myspace lg,kalau bukak pon sebulan sekali camtu je,anyway hantar je message kt aku kalau ada apa2 ok :D

aku sentiasa akan mengingati korang,kalau leh nak jumpa korang lah lg

especially kepada -

Idzat Mazlan aka Ejat-orang yang pertama sekali approach aku kt skool tu,ske cite lebat bersama-sama,sentiasa support aku walaupon aku main bola cam siak,share story sama2,,jalan-jalan pegang tangan sama2 :p ejat,kau GAYBOY aku sampai bila2,thanks sbb lyn aku sentiasa

Afiq- aku igt lg,first2 aku jumpa dia kt skoool,time training bola.suke bahan aku,coz aku lari lambat gile.muka killer je,aku pon rasa bersyukur masa dia accident tu :) takdelah org memekak masa training(gurau je:P).ntah camne lah kita boleh jadi best fren ek..mayb masa kita kuar ngan Aless yg aku ngan ejat bahan awek ko ek.BESAR BESAR ! hahaa,anyway ko bestfren aku dunia akhirat. :D aku doakan ko berjaya walau mana2 ko berada :D

Syahir-hahaha... aku igt budak skola rendah mana sesat kt smkcp.dtg kt aku tak abis2 cita pasal gitar,gitar,gitar. :p .kalau tak gitar keje bahan org je.anyway kau mmg ROCK ! aku dah anggap kau mcm adik aku sendiri doo..bila dah dpt lesen payung aku LC sebijik ya :D

Adi Amirul Niezam-ni mamat yg tinggi Nauzubillahi min Zaliq.aku ske tiru gaya dia,cara dia jalan dll.budak skolah ckp aku ni cam kembar dia dah.haha anyway adi,kau mmg baik la.thanks coz lyn perangai pelik aku kt smkcp uh :p

Lokman-ini dia rempit skema..budak sekampung ngan aku. muka mmg nerd abis,tapi perangai boleh tahan.dia ni bagaikan encyclopedia bergerak,kau tanya apa-apa mesti dia tau.kl nk lwn bab IT dan military mmg kalah la korang :p aku nk kencing dia pon takleh

Saravanan-ni dia hero hindustan kita,pandai berperibahasa.salah satu peribahasa dia yg trademark kat sekolah,dan aku pakai peribahasa ni dlm kertas 2 bm PMR(tu psl dpt A)."Bagai anjing menyalak kepada matahari,matahari tidak menyalak balik" apa maksudnya tu? haha

Izzat Syazwan-mamat ni,budak sekampung ngan aku gak.Muka jambu,badan tough,alim lg tu,mmg chemistry dia tu dah perfect dah.suke rendah diri,padahal pandai gila babi,.dia saje je taknak dpt straight A dlm PMR,sbb takut takabbur. :)

Hanis Fasya-aku pon taktau la nak ckp apa,sbb aku tak knal ko sgt.walaupon ktia gayboy.anyway pengalaman yg best bersama-sama dkt SummerSplash merasa-rasa buah yang masak dan ranum :D

Hanis Syafiq-walaupon kita slalu lepak,berangan2 nak buat band,samapi skang2 tak jadi2 lg :p satu hari kita akan merealisasikannya :D

Fahan-kau mmg baik,slalu teman aku men cc.anyway kadang2 tu kl men bola ada gaduh2 tu maafkan la ye :)

Najwa- erm.. aku pon taktau nk ckp apa..coz aku tak rapat sgt dgn kau pon,although dulu kita duduk sebelah2 kt kelas.thanks for lyn aku kt cp dulu ye :)

Adha-kau paling sexy skali ! i love you so much :D

Meor-ini dia hero sekolah kita,sapa lagi kalah bukan Meor Zafran anak lelaki Meor Zainal Abidin . rambutnya kerinting2 jambul di depan.haha .ske sgt nyanyi.. sket2 nyanyi.. takpon keje bahan org je :p anyway ko mmg jahat arr meor... kita pon slalu buat jahat sama2 :p

Hazwan Roslan-ini dia bestfren aku dari skola maahad.sampai skang keje dia cite lebat je,tak menepati janji pon.nasib baik tak merempit lg haha.apa dulu ? apache-apache :p anyway ko mmg kwn baik aku dunia akhirat.

dan mus,apiz,ghazali,jekmi,amad,hazri,aril,fakrul,m.amin solehin,sharil,din ,syawal lain2.

SENIOR

Hanafi dan Hafizi-Kembar ni,aku mmg respek gila babi.korang ni mmg rock.Mana2 aku pergi msti diaorang ni ada.slalu bagi galakan.diaorang ni mmg best fren forever la.diaorang ni jugak gengster dan backup aku,jgn men2 :D haha.sealim2 mamat 2 org ni pon ganas dia pon ganas juga. thanks coz lyn aku kt smkcp...

Syahir Zainurey-walaupon aku kenal kau utk satu hari je,tapi kau mmg terbaik.Kau mmg role model aku,pembakar semangat utk aku blaja bersungguh2 dan berjaya dlm hidup.aku masih igt lg semua nasihat ko tu.thanks sbb beri tunjuk ajar kt aku :)

Capiq Bahrin-kau sgt frenly.aku berbangga berkawan dgn kau,tak kisah la org nk kata kau apa,tapi kau mmg terbaik.thanks sbb jaga perasaan aku dlu..

Ashrif@Acip-kau ? aku igt lg first time kita jumpe,masa main bola.ko ske bahan aku,budak termenung la apalah.at last kita jadi bestfren smpi skang.takyah cite byk la,lgpon hari2 kita jumpe :p

dan syafiq syamim,akmal hakim,wais,ben fareez,hanapi,pa'in,kamarul,atok dan lain2 :D

ni myspace aku yg akan kekal:www.myspace.com/_punkest_
email:umar@live.com.my